Assalamualaikum :)
Lamanya tak bercerita di sini. Last 3 weeks, sangat busy dengan urusan rumah. Alhamdulilah...kami dah selamat pindah ke teratak baru kami pada 23hb June 2012. Walaupun kami dah pindah, tapi rumah masih serba kekurangan. In between, baru nak pasang aircond, baru nak register untuk Unifi, baru nak confirm dengan vendor yang akan buat courtyard rumah kami...dan masih ada banyak lagi barang rumah yang belum ada. Pendek kata, rumah kami hanya ada barang-barang asas saja. Hehe.. :p
Tapi semuanya alhamdulilah...masih boleh duduk kat rumah ni dengan selesa walaupun banyak barang tak ada. Memang banyak lagi barang nak beli, tapi slow-slow lah. Sebab kami ni bukannya kerja buat duit :p
Azfar pun dah menyesuaikan diri dengan rumah ni. Masa mula-mula pindah masuk dulu, bila dah duduk lama sikit kat rumah ni...Azfar mesti ajak balik. Nak balik rumah Tok lah tu...rumah yang kami duduk sebelum ni. Bila dah petang je...Azfar akan tarik beg dia, nak ajak balik rumah Tok. Siap merengek-rengek bagai. Hehe...kelakar pula rasanya. Dah masuk minggu kedua duduk kat rumah ni, barulah tak ada drama tarik-tarik beg nak ajak balik rumah Tok.
p/s: Budak kecik dah bangun plak. Terbantut lah nak buat story panjang-panjang. Alahai. InsyaALLAH sambung esok-esok. Sebelum tu, walaupun hari ni dah 5 Ramadhan...but still it's not too late to wish my readers Selamat Menyambut Ramadhan Kareem! Selamat berpuasa :)
4 comments:
Tahniah kerana telah berpindah... finally!
hehe..
selamat masuk rumah baru..
err tak nak jemput pi rumah ka?
Shye,
Alhamdulilah, syukur!
Kak Hida,
Rumah tgh kosong lagi, segan kalau org datang rumah. Haha. InsyaALLAH...sure jemput if ada buat apa2 event :p
Post a Comment