Thursday, September 20, 2012

Long Time No See :)

Assalamualaikum :)

Lama tak bercerita di blog ini. Barangkali tuan punya blog sangat sibuk dengan urusan domestic. Hehe. Baru anak seorang, dah macam ini punya sibuk...mengalahkan orang yang beranak sepuluh :p

Bila dah lama tak menulis di sini, otak pun mcm dah berkarat...tak dapat nak menjana idea untuk dilontarkan di sini. By the way, bulan Syawal baru saja berlalu pergi...dan raya kami biasa-biasa saja. Sebaliknya dalam bulan Syawal yg lepas, kami banyak attend kenduri kahwin berbanding open house.

Raya dah habis, Encik Suami pun dah start duty travel. Tinggal Azfar & mama je kat rumah.

Sebelum saya bercerita perkara-perkara yang lebih membosankan, marilah kita layan gambar je..

Actually ada dua anak pokok Roselle, tapi hari tu tukang potong rumput boleh pula terpotong satu anak pokok Roselle. Geram betul. Yang tak ada dalam gambar ialah anak pokok daun kari & pokok serai yang ditanam di belakang laman rumah.





Monday, July 30, 2012

Fulltime Housewife cum Business Online

Saya ingin bertanya pada semua reader, kalau anda diberi pilihan...anda nak menjadi seorang housewife yang kerjanya memang fokus pada rumahtangga sahaja atau anda nak jadi housewife dan juga businesswoman yang menjalankan perniagaan online? Kalau yang berkerjaya & kerja pangkat tinggi-tinggi tu lain cerita ya :)

Soalan ni macam payah nak dijawab. Saya suka buat business online. Sebab boleh earn duit poket sendiri. Housewife macam saya ni, memang tak ada income bulan-bulan macam orang lain. Kalau saya nak shopping pakai duit sendiri pun kena ambil kalkulator buat kira-kira dulu. At least kalau buat business online secara part time, dapat jugalah sikit income. Tapi ini semua perlukan komitmen. Bukannya just cakap-cakap kosong, then terus boleh dapat duit masuk poket. Tidak.

Baru-baru ni saya start buat business online untuk produk kesihatan Shaklee. Sambil saya consume produk ni, sambil saya jual. Bonus business Shaklee ni 100% base on jualan yang kita buat. Kalau banyak produk terjual, maka banyak lah dapat bonus bulan-bulan. Tapi, macam saya kata tadi...it's need 100% comitment. Bukannya 50%. Kalau tak fokus betul-betul, jangan harap nak dapat bonus 4 angka ke atas. Mentor saya, umurnya hanya setahun lebih muda daripada saya. Dia dah buat business Shaklee ni hampir 2 tahun, dan bonus bulan-bulannya sekarang hampir mencecah 30k. Rasa terbakar tak? Hehe. Itu baru mentor saya. Dengar cerita, mentor kepada mentor saya pula, bonusnya dah mencecah 6 angka. Yang ni lagi rasa terbakar. Memang best dengar bonus orang lain yg dah mencecah 5/6 angka. Tapi kita nak fokus 100% tu, macam susah sangat. Orang lain boleh buat, tak kan kita tak boleh kan? Mentor saya tu pun dah berkeluarga, ada anak...dan dia seorang housewife juga. Tapi saya lihat dia, dia boleh bagi komitmen sepanjang masa. Tak tahu lah macammana dia bahagikan masa antara business online Shaklee & keluarga. Sedangkan saya lihat dia online di Facebook hampir 24 jam! Kecuali time tidur jelah kut yang dia tak online. Hehe. Ya ALLAH...saya tak mampu nak buat macam dia buat. Saya nak online tulis entri 2 baris ayat di blog ni pun macam susah.

Akhirnya, saya cuba fikir sedalam-dalamnya...saya rasa lebih baik saya fokus pada family & anak saja. Bukan lah saya tak nak bonus 30k, tapi saya tak mampu nak fokus 100% seperti mentor saya & juga gen-geng Shaklee yang lain. Kami ni ada group sendiri dalam Facebook, khusus untuk membincangkan permasalahan, strategy marketing dan sebagainya. Geng-geng Shaklee yang lain semuanya memang hebat-hebat & bersemangat. Saya pun jadi bersemangat bila dah kena tempias aura mereka. But still, saya rasa macam berat hati nak buat business ni. Sebab saya rasa saya tak mampu nak fokus 100%. Saya bukanlah orang yang hebat. Saya pun bukannya sotong kurita, boleh buat semua kerja dalam satu masa yang sama. Sememangnya alasan tak ada masa tu tak boleh nak pakai. Semua orang ada 24 jam, orang lain boleh buat...tak kan kita ni tak boleh. Tapi....saya ikut kata hati jelah. Kalau saya buat, dah sah-sah dalam kepala otak saya ni 24 jam akan fikir pasal Shaklee. Nak buat strategy marketing dan sebagainya. Then, bila pula saya nak fikir untk family. Macam mentor saya ni, saya rasa time dia tidur pun dia akan mimpi pasal Shaklee. Hehe. Thats why dia boleh dan mampu untuk dapat bonus 5/6 angka. 

Orang selalu kata, kalau nak...seribu daya, kalau tak nak...seribu dalih. Adakah saya sedang berada dalam kategori ini? Haha. Wallahua'lam. Tak apalah saya tak dapat bonus bulan-bulan. Family always berada di tempat pertama. Bak kata suami saya, inilah sebab utamanya saya jadi housewife. Jaga suami, anak & rumah kita...insyaALLAH.

Wednesday, July 25, 2012

Pindah Rumah & Ramadhan Kareem!

Assalamualaikum :)

Lamanya tak bercerita di sini. Last 3 weeks, sangat busy dengan urusan rumah. Alhamdulilah...kami dah selamat pindah ke teratak baru kami pada 23hb June 2012. Walaupun kami dah pindah, tapi rumah masih serba kekurangan. In between, baru nak pasang aircond, baru nak register untuk Unifi, baru nak confirm dengan vendor yang akan buat courtyard rumah kami...dan masih ada banyak lagi barang rumah yang belum ada. Pendek kata, rumah kami hanya ada barang-barang asas saja. Hehe.. :p

Tapi semuanya alhamdulilah...masih boleh duduk kat rumah ni dengan selesa walaupun banyak barang tak ada. Memang banyak lagi barang nak beli, tapi slow-slow lah. Sebab kami ni bukannya kerja buat duit :p

Azfar pun dah menyesuaikan diri dengan rumah ni. Masa mula-mula pindah masuk dulu, bila dah duduk lama sikit kat rumah ni...Azfar mesti ajak balik. Nak balik rumah Tok lah tu...rumah yang kami duduk sebelum ni. Bila dah petang je...Azfar akan tarik beg dia, nak ajak balik rumah Tok. Siap merengek-rengek bagai. Hehe...kelakar pula rasanya. Dah masuk minggu kedua duduk kat rumah ni, barulah tak ada drama tarik-tarik beg nak ajak balik rumah Tok. 

p/s: Budak kecik dah bangun plak. Terbantut lah nak buat story panjang-panjang. Alahai. InsyaALLAH sambung esok-esok. Sebelum tu, walaupun hari ni dah 5 Ramadhan...but still it's not too late to wish my readers Selamat Menyambut Ramadhan Kareem! Selamat berpuasa :)

Thursday, May 24, 2012

Selamat Tinggal Lalang!


Finally, segala semak samun & lalang telah pun dibersihkan. Barulah sedap mata memandang sikit. Kalau tidak, setiap kali datang tengok rumah...sakit mata ni nak menengok semak samun yg semakin tinggi, dah macam ala-ala hutan!

Tapi ni belum 100% siap, sebab tu nampak rumputnya macam berpetak-petak lagi. Nanti nak kena sambung ratakan & sebagainya. Nak nampak lebih cantik, insyaALLAH kena tunggu lebih kurang sebulan lagi. Harap-harap masa tu semua rumput hidup subur, insyaALLAH.

Thursday, May 17, 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran

Semalam adalah hari ulangtahun kelahiran ayah Azfar yg ke 31. Tak ada apa yg istimewa pada hari semalam. Since kami masih tinggal bersama dengan parent suami...jadi, nak buat suprise-suprise pun payah la sikit (sebenarnya segan heh!). End up, saya hanya beli sebiji kek utk ayah Azfar. Itupun saya beli online....siap hantar sampai depan rumah (best gila ada delivery mcm ni!) Saya nak keluar beli sendiri...mmg susah lah sikit, tambah pula tak ada transport. Kesian mama Azfar. Tapi, keputusan saya utk beli online pun tidak lah mengecewakan sebab kek nya mmg sedap! Actually saya order birthday cake dan juga muffins. Muffins pun sgt sedap! MIL saya yg mmg sgt expert dlm bab masak-masak pun kata sedap. 

So far, ini saja yg saya mampu belikan utk birthday ayah Azfar. Hihi...teruk kan? :p Birthday ayah Azfar masa kami 1st year kahwin, masa tu dia outstation ke Philippines. Birthday masa 2nd year kahwin pula, ayah Azfar outstation ke US rasanya...tak ingat dah, sebab dah selalu sgt dia outstation. Birthday ayah Azfar tahun ni yg kebetulannya dia tak outstation ke mana-mana. Sepatutnya saya kena lah buat special sikit, tapi...tak apa lah...kita tunggu dah pindah rumah sendiri nanti, insyaALLAH.

Saya tahu ayah Azfar tidak mengharapkan apa-apa. Sebab ayah Azfar ni jenis yg tak kisah bab-bab nak sambut birthday ke apa. In fact, ayah Azfar pun kadang-kadang tak ingat birthday dia sendiri. Apatah lagi birthday mama Azfar kan? Ahaks.. :p 

Btw, Chocolate Cheesecake semalam mmg tak dan nak ambil gambar masuk dlm blog. Banyak benda lain nak kena ambil peduli, tak cukup tangan nak pegang kamera. Haha.. :p

Last but not least, mama Azfar sentiasa doakan yg terbaik utk ayah Azfar dan keluarga kita...insyaALLAH. Happy Birthday suami tercinta! :))